OKTOBER 2024

Premier Sarawak Terima Anugerah Kepimpinan Sri Pertiwi


KUCHING: Sabtu 26  Okt 2024

Anugerah kepimipinan Sri Pertiwi julung kali di perkenal oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di anugerah khas kepada Premier Sarawak YAB Datuk Amar Tan Sri (Dr) Abang Johari bin Tun Abg Openg  sebagai menghargai usaha gigih beliau dalam membangun dan mengangkat Sarawak kearah lebih progresif dan makmur dalam tempoh tujuh tahun kepimpinan beliau, Sarawak berkembang menjadi sebuah negeri berdaya saing dan mencapai kejayaan dipersada dunia dengan inisiatif berkesan dalam mengangkat Sarawak kearah negeri maju menjelang tahun 2030 

Anugerah diterima Premier Sarawak semasa beliau turut hadir mengiringi Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah bt Mohd Sanusi di Majlis Makan Malam Ulangtahun PKMS ke-85 tahun bertempat di Hikmah Exchange Event Convenction.

Premier Sarawak juga bersama TYT Tun merasmikan Pelancaran Buku Perkahwinan Adat Melayu Sarawak dan Cadangan Bangunan Baharu PKMS terletak di Jalan Patingan.

Terdahulu, dalam ucapan Premier Sarawak merakamkan syabas dan tahniah kepada PKMS diatas sumbangan 

dan semangat perjuangan bagi mencapai kehendak masyarakat melayu semenjak penubuhan 85 tahun yg telah berlalu 

Tambahnya lagi PKMS dalam perjalanannya banyak berdepan dan melalui pelbagai halangan semenjak zaman pemerintahan Brooke, Koloni, Kemerdekaan 1963, Zaman Komunis pada era tahun 70an.

Setelah era 70an tersebut, Sarawak memperolehi keamanan maka kerajaan ketika itu menubuh Yayasan Sarawak bagi memberi pendidkan kepada anak melayu dan bukan melayu sehingga kini mereka telah berjaya sebagai pemimpin diperingat sarawak dan kebangsaan malah kini banyak dalam pentadbiran kerajaan dan juga sektor koporat.

“Maka untuk meneruskan kejayaan, anak melayu mesti melihat 

masa depan yang penuh mencabar dan berubah supaya mereka dapat ditempatkan di mana sahaja,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, melalui konsep keterangkuman sosial, beliau mempelawa orang melayu bersama bukan melayu untuk dapat membangun Sarawak dengan aman dan makmur seterusnya meningkatkan ekonomi kita.

Turut berucap, Dr Wan Ali bin Tuanku Madhi, Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

Turut hadir adalah, YB Dato Sri Haji Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Dr Haji Hadzland bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, YB Dato Haji Ibrahim bin Haji Baki, ADUN N8 Satok dan dif-dif kenamaan lain.